Definisi komunikasi antara budaya

Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan. Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya “terbawa” ke dalam proses komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima. Dalam proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan cuba mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik balik. Contohnya, penerima telah terima pengaruh dari mesej yang dihantar oleh sumber dan dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah tidak dapat ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan kenyamanan tempat komunikasi berlaku. Konteks sosial ialah hubungan sosial antara sumber dengan penerima sama ada kawan dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya.

Komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang meghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial antara komunikator adalah berbeza.

Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan. Padangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. Sistem kod terdiri daripada verbal dan bukan verbal. Contohnya, elemen, struktur, proses psikologikal dan sosiologikal akan mempengaruhi tafsiran terhadap sesuatu kod. Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita akan bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut dan orang tersebut juga akan membentuk tanggapannya terhadap kita.

Menurut Sarbaugh apabila kita bercakap ia didefinisikan sebagai komunikasi silang budaya. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai latar belakang, identiti yang berbeza dan mereka memaparkan identiti sendiri dalam proses komunikasi. Semua komunikasi ada unsur silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang tinggi, sederhana atau rendah. Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi di mana tahap perbezaan budaya adalah sangat tinggi. Komunikasi kurang berbudaya ialah tahap perbezaan budaya yang rendah.

Contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Arfika dengan pelajar Melayu dari UPM sebagai antara bangsa, interpersonal dalam konteks pendidikan. CEO berbangsa German berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka. Seorang pelancong Indoneasia berurusan dengan pegawai imigrasi di pejabat imigrasi Malaysia. Seorang pakar penasihat kepada MSC bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah MSC. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK.

Bagaimana komunikasi dikaitkan dengan budaya?

Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu dan kelompok.  Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya obejektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya adalah kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hokum, adat istiadat dan kebiasaan.

Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu budaya menpengaruhi cara kita berkomunikasi. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang muncul semula jadi, dijaga dan diubahsuai. Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang. Nilai yang dipegang akan membentuk tingkah laku yang akhirnya akan “terbawa” ke dalam proses komunikasi. Perilaku dalam komunikasi dibentuk berdasarkan budaya yang dimiliki ini menunjukkan bahawa perilaku terikat dengan budaya.

Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas yang akan menentukan perilaku seseorang. Setiap komunikasi mengandungi potensi komunikasi antara budaya kerana kita selalunya mengamalkan budaya yang berbeza dengan orang lain walaupun perbezaan itu hanya sedikit. Komunikasi berkonteks tinggi bagi mereka yang berbudaya konteks tinggi. Maka, gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak langsung dan terdapat maklumat tersirat atau lebih daripada satu maksud pada satu mesej. Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah kandungan  tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan dan persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia. Komunikasi berkonteks rendah diamalkan oleh masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi adalah jelas, tepat dan terus terang. Mereka memaksudkan apa yang dikatkan dan menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan TIDAK. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks tinggi ialah Amerika Syarikat, Australia dan German.

Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Budaya terdiri daripada sebahagian perilaku kita dan komunikasi akan menentukan, memelihara, mengembangkan dan mewariskan budaya kita. Menurut Hall, “culture is communication, communication is culture”. Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah dua hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka, sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza. Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma.

Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak dikenali. Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara teguran mengambarkan budaya antara mereka berbeza.

Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia. Orang Asia menjaga harmoni. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting. Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi. Contohnya nilai bekerjasama umpamanya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai menjaga harmoni umpamanya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal. Contoh komunikasi verbal ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan status dan pertalian antara sumber dan penerima. Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long dan sebagainya. Orang Asia lebih menjada kedudukan hieraki, air muka orang lain dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang. Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan warna kuning oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan sebagainya.

Halangan komunikasi antara budaya

Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan berlakunya salah faham. Salah faham akan menyebabkan proses komunikasi tidak dapat dijalankan dengan lancar. Contohnya, seorang pelajar Korea sedang sibuk dengan belajar kerana aka nada peperiksaan pada esok. Kebetulannya ketika dia sedang belajar, rakanya seorang Melayu Malaysia datang. Dia memberitahu orang Melayu Malaysia bahawanya sibuk lalu tutup pintu. Dalam budaya Korea, komunikasi yang diamalkan lebih terus terang berbanding Malaysia. Dari pandangan Malaysia, walaupun sibuk tetapi seharusnya menyambut tetamu juga. Gaya komunikasi yang diamalkan adalah tidak terus terang. Ini akan menyebabkan salah faham orang Melayu Malaysia terhadap orang Korea dan menganggap dia seorang yang tidak peramah.

Etnosentrik ialah memandang budaya sendiri sebagai pusat bagi sesuatu perkara lain yang dinilai berdasarkan rujukkan kelompok sendiri. Etnosentrik dalam diri seseroang akan menyebabkan kesukaran kita dalam proses memahami komunikasi orang lain sebab bahasa dan nilai yang berlainan.

Tiada kompetnsi budaya akan meningkatkan halangan komunikasi silang budaya. Contohnya pengetahuan budaya sendiri dan orang lain, sensitiviti budaya, nilai budaya, dalam kumpulan dan luar kumpulan, ketidakpastian, prejudis dan stereotaip. Pengetahuan budaya akan menentukan pengaruh budaya ke atas komunikasi.

Kita selalunya menggangap budaya kita sama dengan orang lain. Kita akan menggunakan budaya sendiri sebagai standard untuk mengukur budaya orang lain. Apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam proses komunikasi adalah disebabkan perbezaan budaya. “Mindset” yang terdapat pada seseorang akan membawa cabaran pertembungan kepada sikap, pengharapan dan gaya komunikasi.

Stereotaip ialah generalisasi atar sekumpulan orang, objek atau peristiwa secara luas berdasarkan satu budaya. Maklmat yang digunakan untuk menilai seseorang adalah terbatas kerana hanya merujuk kepada budaya sendiri. Contohnya, orang Yunani distereotaip sebagai orang yang suka menipu atau mencuri milik orang lain.

Atribusi ialah memberi makna kepada sesuatu perbuatan sama ada perbuatan sendiri atau orang lain. Semua komunikasi melibatkan proses atribusi sama ada ia sengaja atau tidak sengaja. Contohnya Lamal tegas dengan pendirian ingin berjumpa dengan pengurus. Dalam pandangan setiausaha dia seorang agresif dan biadap tetapi dalam pandangan Lamal ini menunjukkan dia seorang yang tegas.

Bias dalam komunikasi terdiri daripada dalam kumpulan dan luar kumpulan. Dalam kumpulan ialah mementingkan persamaan dengan orang lain. Manakala, luar kumpulan ialah mementingkan perbezaan dengan orang lain. Luar kumpulan akan menambahkan jarak perbezaan budaya dengan orang lain dan mempengaruhi cara kita memproses maklumat. Luar kumpulan menganggap komunikator yang lain sebagai orang asing iaitu tidak boleh dipercayai, tidak mudah jadi kawan, banyak perkara mengenainya tidak diketahui dan tidak pandai. Manakla, dalam kumpulan adalah sebaliknya.

Ketidakpastian dan kerisauan akan menjejaskan keupayaan memproses maklumat kerana mereka merisau hasil komunikasi. Mereka gagal memberi perhatian kepada cara komunikasi dalam proses mendapatkan hasil yang diingini.

Contoh perbezaan budaya. Dalam temu janji orang Amerika menjaga masa dan akan mengelakkan sebarang gangguan yang akan menjejaskan jadual waktu mereka. Orang Afrika pula ialah jenis yang tidak mementingkan masa dan tidak perlu membuat temu janji sekiranya ingin berjumpa dengan seseorang. Mereka rela dan biasa dengan ada gangguan dan perkara yang tidak dapat dijangkakan. Di sini jelas menunjukkan pertembungan gaya pengurusan masa antara orang Amerika dengan orang Afrika.

Perbezaan gaya komunikasi disebabkan oleh perbezaan gaya pendedahan diri. Contohnyam tingkah laku, kegemara, kerja dan belajar, wang serta personaliti. Contoh perbezaan gaya pendedahan diri antara individualistik dan kolektivistik. Maklumat yang boleh dikongsi antara dua masyarakat adalah berbeza. Masyarakat kolektivistik boleh berkongsi segala mengenainya dengan orang lain. Masyarakat individualistik mengasingkan hal peribadi dengan kerja. Maklumat mengenainya yang boleh dikongsi dengan orang lain adalah terhad. Apbila orang individualistik bertemu dengan orang yang mengamalkan daya kolektivistik akan berlaku pertembungan sekiranya mereka tidak mengenai budaya antara satu sama lain.

Cara komunikasi sama ada secra langsung atau tidak langsung.

Cara mengatasi halangan komunikasi antara budaya

Halangan komunikasi dapat diatasi dengan memahami budaya orang lain sebelum berinteraksi dengannya. Budaya terdiri daripada bahasa dan perilaku budaya orang lain. Kita perlu memahami konsep budaya dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. Dengan adanya fahaman mengenai sosial budaya seseorang akan membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih lancar. Sosial budaya terdiri daripada persepsi, proses verbal dan bukan verbal.

Strategi mengatasi cabaran komunikasi silang budaya terdiri daripada strategi kognitif, afektif dan tingkah laku. Strategi kognitif ialah meningkatkan kefahaman budaya orang lain seperti melalui internet atau menanya orang berpengalaman. Kita perlu mengenal pasti perbezaan dan halangan komunikasi yang mungkin berlaku dalam interaksi sperti pola komunikasi, adat reasam, nilai dan sikap. Pembelajaran bahasa tempatan akan memudahkan proses komunikasi. Strategi afektif ialah berfikiran terbuka, sabar, memandang perbezaan secara positif dan unik serta menyenangkan hati. Kita perlu bersifat adaptif dan flesible dengan keadaan yang sentiasa berubah. Kita perlu sedia berkompromi, mempunyai sikap diplomasi dan sensitive kepada situasi. Strategi tingkah laku terbahagi kepada akomodasi dan divergen. Akomodasi ialah memberi tumpuan ketika orang lain sedang bercakap dan cuba memahami apa yang disampaikan olehnya. Kita perlu perlahan kadar percakapan, ulang perkataan yang berpotensi disalah dengar atau menimbulkan salah faham, sesuaikan tabiat komunikasi dengan situasi serta memberi masa kepada komunikator untuk menyampaikan mesej. Divergen ialah individu yang akan cuba mengelakkan daripada berinteraksi dengan orang yang lain, elak dari suasana yang mungkin akan timbul konflik, tidak mengambil berat terhadap konflik yang timbul dan menunjukkan perbezaan dari segi tabiat komunikasi.

 

About these ads