Tujuan kita berkomunikasi secara interpersonal adalah untuk mewujudkan identiti masing-masing. Peranan yang dimainkan dalam hubungan ini membantu kita dalam mewujudkan identiti sendiri dan perwatakan imej yang ditonjolkan secara umum. Mimik muka juga penting dalam interaksi hubungan interpersonal.

Komunikasi interpersonal dianggap sebagai suatu proses komunikasi yang amat unik. Ia berlaku apabila seseorang individu itu berkomunikasi dengan menggunakan mesej yang sama kepada orang yang lain pada masa yang sama. Di samping itu, komunikasi adalah proses memenuhi keperluan kesihatan dan fizik, keperluan identiti, keperluan sosial dan keperluan untuk mendapat maklumat. Komunikasi antara perseorangan ialah komunikasi yang melibatkan dua orang komunikator yang berinteraksi secara dua hala, serentak dan saling mempengaruhi.

Menurut Berko, Wolvin, Wolvin (1998), komunikasiĀ  interpersonal ialah komunikasi yang berlaku di antara dua individu yang berusaha membina perhubungan. Komunikasi interpersonal boleh dibina melalui perbualan, temu bual dan perbincangan kumpulan kecil.

Adlers, Rosenfield dan Towne (1999), mendefinisikan komuikasi interpersonal sebagai suatu proses transaksi yang berterusan, melibatkan komunikator-komunikator daripada persekitaran yang sama ataupun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej yang kebanyakannya dipengaruhi oleh gangguan atau halangan luaran, fisiologi dan psikologi.

Stewart & Lagon (1998) mendefinisikan komunikasi interpersonal dengan menghuraikan jenis-jenis komunikasi yang berlaku apabila seseorang itu terlibat dalam percakapan dan pendengaran yang menunjukkan kewujudan secara maksimum. Menurutnya, apabila komunikator memberi atau menerima atau bercakap atau mendengar dalam bentuk di mana mereka menitikberatkan keunikan, ketidaknilaian, tindak balas, pemikiran dan keupayaan bercakap dan dengan itu, komunikasi antara mereka dikatakan sebagai interpersonal.

Menurut Mulyana (2001) komunikasi interpersonal adalah komunikasi antara dua atau lebih orang secara bersemuka, yang membolehkan setiap orang mengetahui reaksi orang lain secara langsung, baik secara verbal ataupun nonverbal.

De Vito (2004) mengemukakan komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang berlaku antara dua orang atau antara orang dalam kelompok kecil yang memiliki hubungan yang tidak boleh dipungkiri. Komunikasi interpersonal dapat terjadi antara anak dengan ayah, seorang pegawai dengan pegawai lainya, dua orang saudara, pensyarah dengan mahasiswa, kekasih dan sebagainya.

Menurut Rogers (dalam Mulyana, 2001) mendefinisikan komunikasi interpersonal merupakan komunikasi dari mulut ke mulut yang terjadi dalam interaksi bersemuka antara beberapa orang. Sedangkan Barnlund (dalam Wiryanto, 2006) komunikasi antara pribadi diertikan sebagai pertemuan antara dua, tiga, atau mungkin empat orang, yang terjadi secara spontan dan tidak berstruktur.

Komunikasi interpersonal ialah komunikasi diad di mana berlaku pertukaran maklumat antara dua atau lebih individu. Komunikasi interpersonal berperanan dalam perkongsian maklumat, penyelesaian masalah, pertelingkahan atau salah faham yang berlaku antara dua atau lebih individu. Ia boleh berlaku dalam pelbagai konteks sama ada secara formal atau tidak formal. Contoh dalam konteks tidak formal ialah interaksi dengan ibu bapa, kekasih, kanak-kanak atauĀ  rakan sebaya manakala konteks formal ialah temu duga. (Seiler dan Beall, 2002)

 

About these ads