Secara umum istilah teori dalam ilmu sosial mengandung beberapa pengertian sebagai berikut:

–  Satu kenyataan yang mengandungi konsep konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena (Caragan & Shields, 1998).

–  Satu percubaan untuk menerang atau menjelaskan satu pengalaman atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku (Littlejohn, 1996).

–  Teori adalah peta tentang kebenaran, teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena (Griffin, 1997)

n  Salah seorang daripada sarjana tersebut ialahLit tlejohn ( 2002 ), yang menyatakan teori komunikasi sebagai suatu teori yang didapati dalam keseluruhan teori berkaitan dengan proses komunikasi.

–  Sementara pendapat Cragan dan Shields (dalam Narimah Ismail, 2008) pula, menganggap teori komunikasi sebagai hubungan. Hubungan yang dimaksudkan ialah hubungan antarakonsep teoritikal yang membantu memberi secara keseluruhan ataupun sebahagiannya, keterangan, penjelasan, penerangan, penilaian atau ramalan tindakan manusia dalam bercakap, menulis, membaca, mendengar dan sebagainya melalui media.

–  Pendapat ketiga daripadaBorman (1989), yang berpendapat teori komunikasi sebagai suatu perkataan atau istilah yang menjadi payung bagi semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara berhati-hati, sistematik dan sedar berkenaan komunikasi.

Teori dirumuskan sebagai;

–  Kenyataan/penerangan yang dibentuk bagi menerangkan sesuatu fenomena/situasi.

–  Bersifat sementara.

–  Kajian sistematik perlu bagi menyokong bukti penerangan dan penjelasan.

–  Teori boleh diterima, ditolak dan diubahsuai berdasarkan hasil kajian sistematik.

Jadi berdasarkan hal di atas teori komunikasi adalah

–          konseptualisasi atau penjelasan logik tentang fenomena peristiwa komunikasi dalam kehidupan manusia.

–          Hubungan di antara konsep teoritikal yang membantu memberi (secara keseluruhan atau sebahagian) keterangan, penjelasan, penilaian atau ramalan mengenai tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang) berklomunikasi (bercakap, menulis, membaca, mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk tempoh tertentu melalui media (bahan perkembangan teori) – (Cragan & Shields, 1998)

–          Satu teori atau sekelompok “collective4 wisdom” yang didapati dalam keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi (Littlejohn, 1996).

–          Satu perkataan atau istilah yang merupakan payung untuk semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara teliti, sistematik dan sedar tentang komunikasi (Borman, 1989).